Ahad, 22 Julai 2012

Seni Transformasi Wajah...


Alhamdulilah.... sementara menghitung minit & jam sebelum waktu berbuka yang kira-kira 5 jam lagi... aku sempat mentransformasikan muka-muka diatas, tak terkecuali gak muka aku dan anak aku sendiri (amacam, hemsem takk.. :).

Memang mengasyikan buat kerja edit-mengedit gambar nii.. sedaq tak sedaq dah hampir 3 jam aku dok bertengek depan komputer nii.

Kalau ada sapa sapa yang ingin gambarnya atau gambar neneknya kelihatan cantik mahupun mengerikan, sila email ke wansempoy@gmail.com / hubungi : 013-433 8974.  InsyaAllah aku akan hasilkan seelok yang mungkin....

Khamis, 19 Julai 2012

Bahana Lidah

Manusia disanjung kerana manis tutur kalamnya, manusia juga dikeji kerana keceluparan katanya. Lidah umpama serigala yang mampu menghancurkan kepala kita sendiri.

INGAT !!! Ramai diantara kita yang dihumbankan ke lubang jahannam akibat ketelanjuran lidah dan kemaluan.

(Hasil Nukilan: Ezwan Rosli)

KAD PENGENALAN OLOK-OLOK JERRR......

Salah satu benda yang dapat membuatkan aku tersengeh adalah hasil-hasil kreativiti lucu aku. Semalam tengah duk pening-pening memikirkan hutang rumah, hutang kereta & hutang Biro Angkasa (personal loan), aku sempat mendesign I.C baru aku saja untuk suka-suka disamping menajam skill sedia ada.

(AMARAN: KAD PENGENALAN INI ADALAH TEMBERANG SEMATA-MATA)

Rabu, 18 Julai 2012

Salam Rindu buat Rasullullah S.A.W


Air mata ini pasti menjadi saksi di hadapan Raja Sekalian Alam.. InsyaAllah.

KALAM MUKADIMMAH...

Asalamualaikum & apa habaq... terlebih dulu salam perkenalan pada semua. Buat permulaan ni aku tak tau nak coretkan apa-apa lagi kerana baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogger ni.

Kata orang "Tak kenai, maka tak cinta...", oleh itu aku ingin perkenaikan sedikit sebanyak tentang diri aku. Aku Ezwan Rosli berasal dari sebuah pulau yang terkenal dengan Nasi Kandar & Pasembor. Sekarang aku bekerja dan menetap di sebuah negeri yang terkenal dengan ikan pekasam & pokok padinya..(kalau tuan bijak bestari, cuba teka negeri apakah ituu). Aku dah pun berkahwen dan dianugerahkan oleh Nya 3 orang cahaya mata yang cukup sempoyy... mereka bertiga inilah yang membuatkan rumah aku menjadi lintang pukang ceria dan meriah..(sunyi woo rumah, kalau anak-anak pi sekolah...)






Aku suka mengisi masa senggang aku dengan membelek pokok-pokok kat tepi rumah aku, menjala ikan di sekitar Kodiang, Jitra ataupun kat Tasik UUM (kat sini banyak Ikan Talapia, tapi banyak biawakk). Disamping hobi aku tuu, aku terlalu minat mengedit gambar mengunakan photoshop (InsyaAllah aku akan uploadkan karya-karya aku dalam blog ni).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...