Rabu, 18 Julai 2012

KALAM MUKADIMMAH...

Asalamualaikum & apa habaq... terlebih dulu salam perkenalan pada semua. Buat permulaan ni aku tak tau nak coretkan apa-apa lagi kerana baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogger ni.

Kata orang "Tak kenai, maka tak cinta...", oleh itu aku ingin perkenaikan sedikit sebanyak tentang diri aku. Aku Ezwan Rosli berasal dari sebuah pulau yang terkenal dengan Nasi Kandar & Pasembor. Sekarang aku bekerja dan menetap di sebuah negeri yang terkenal dengan ikan pekasam & pokok padinya..(kalau tuan bijak bestari, cuba teka negeri apakah ituu). Aku dah pun berkahwen dan dianugerahkan oleh Nya 3 orang cahaya mata yang cukup sempoyy... mereka bertiga inilah yang membuatkan rumah aku menjadi lintang pukang ceria dan meriah..(sunyi woo rumah, kalau anak-anak pi sekolah...)






Aku suka mengisi masa senggang aku dengan membelek pokok-pokok kat tepi rumah aku, menjala ikan di sekitar Kodiang, Jitra ataupun kat Tasik UUM (kat sini banyak Ikan Talapia, tapi banyak biawakk). Disamping hobi aku tuu, aku terlalu minat mengedit gambar mengunakan photoshop (InsyaAllah aku akan uploadkan karya-karya aku dalam blog ni).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...